-A  +A          

Good Day! Tuesday, 24 December 2024

Unmanned Aircraft System (UAS)

Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS)

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ingin menegaskan bahawa semua aktiviti penerbangan Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS) atau lebih dikenali sebagai dron adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 (MCAR 2016) Peraturan 140 – 144.

Jika aktiviti UAS anda tidak dikategorikan sebagai Projek UAS Khas, Operasi Pertanian UAS, diterbangkan secara Perhubungan Visual Secara Langsung (VLOS) di dalam ruang udara Kelas G dan menggunakan UAS berat kurang daripada 20 kilogram, berkemungkinan besar anda perlu membuat permohonan Kebenaran Untuk Terbang (ATF) Standard.

Borang permohonan kebenaran untuk terbang boleh didapati dipautan di bawah. Borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dihantar ke alamat e-mel drone.atf@caam.gov.my sekurang-kurangnya 14 hari daripada tarikh aktiviti yang dicadangkan. CAAM berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap dan lewat.

Civil Aviation Directive 6011 Part (I) Remote Pilot Training Organisation (CAD 6011 Part (I) – RPTO) adalah terpakai kepada mana-mana organisasi yang ingin menjalankan latihan juruterbang kawalan jauh Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS) dan untuk diperaku sebagai Organisasi Latihan Juruterbang Kawalan Jauh oleh CAAM.

Organisasi Latihan Juruterbang Kawalan Jauh

Civil Aviation Directive Part (I) Remote Pilot Training Organisation (CAD 6011 Part (I) – RPTO) menetapkan keperluan, proses pengurusan, dan panduan berkaitan dengan operasi sesebuah Organisasi Latihan Juruterbang Kawalan Jauh di Malaysia dan bagi pengeluaran Perakuan Kelulusan (COA).
Pemohon adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami syarat-syarat kelulusan dan aliran proses permohonan di dalam dokumen CAD 6011 Part (I) – RPTO untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kelewatan di dalam proses permohonan COA RPTO.

CAAM mengkategorikan operasi pertanian UAS sebagai operasi UAS yang bertujuan untuk:

  • Menggugurkan sebarang muatan pertanian yang bertujuan untuk mempertingkatkan kesihatan tanaman, rawatan tanah, penyebaran hidupan tumbuhan atau kawalan makhluk perosak; atau
  • Menjalankan pengguguran muatan pertanian dan aktiviti pemantauan yang memberi kesan secara langsung kepada aktiviti pertanian, hortikultur atau pemeliharaan hutan tetapi tidak termasuk pengguguran serangga hidup.

Operasi Pertanian UAS

Civil Aviation Directive Part 6011 (II) Agricultural UAS Operations (CAD 6011 Part (II) – UAS AGR) ini terpakai untuk pengeluaran Sijil Kerja Keudaraan (AWC) kepada semua operator Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS) persendirian dan komersial untuk menjalankan operasi pertanian UAS di Malaysia.
Pemohon adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami syarat-syarat kelulusan dan aliran proses permohonan di dalam dokumen CAD 6011 Part (II) – UAS AGR untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kelewatan di dalam proses permohonan AWC AGR.

CAAM mengkategorikan operasi UAS sebagai Projek UAS Khas jika pengoperasiannya melibatkan:

  • Pengangkutan Barangan Berbahaya (DG);
  • Penerbangan Di Luar Perhubungan Visual Secara Langsung (BVLOS);
  • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D);
  • Lain-lain operasi yang memerlukan aktiviti sokongan tambahan dari CAAM disebabkan faktor peningkatan risiko operasi.

Projek UAS Khas

Civil Aviation Directive Part 6011 (II) Special UAS Project (CAD 6011 Part (V) – UAS SUP) ini terpakai untuk pengeluaran kelulusan Projek UAS Khas kepada operator Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS) bagi menjalankan operasi UAS yang diklasifikasikan oleh CAAM sebagai Projek UAS Khas di Malaysia.

Pemohon adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami syarat-syarat kelulusan dan aliran proses permohonan di dalam dokumen CAD 6011 Part (V) – UAS SUP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kelewatan di dalam proses permohonan kelulusan SUP.

Maklumat Lanjut Untuk Seksyen Ini

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon