Pemohon perlu mengemukakan bukti dan menunjukkan pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan kemahiran yang mencukupi, selaras dengan Notis 1101 yang berkuat kuasa pada masa ini.
Terdapat dua pilihan untuk menjadi kakitangan pelesenan penyelenggaraan pesawat: –
- Belajar Sendiri, dengan
– lulus modul peperiksaan yang berkaitan,
– melengkapkan penilaian praktikal yang bersesuaian, dan
– menunjukkan bukti pengalaman penyelenggaraan praktikal terbaharu ke atas pesawat yang beroperasi; atau
- Mendaftarkan diri di Organisasi Latihan Penyelenggaraan Bahagian-147 CAAM,
– cmelengkapkan kursus latihan asas dengan mendapatkan sijil pengiktirafan yang dikeluarkan di bawah peruntukan Notis 1201 di mana kedua-dua modul peperiksaan dan penilaian praktikal telah diluluskan dan dilengkapkan.
– menunjukkan bukti pengalaman penyelenggaraan praktikal baru-baru ini ke atas pesawat yang beroperasi.
Dalam kedua-dua situasi pemohon hendaklah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.