-A  +A          

Good Day! Saturday, 21 December 2024

Aviation Professional

Kawalan Trafik Udara (ATC)

Kawalan Trafik Udara (ATC)

Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) ialah perkhidmatan yang disediakan untuk memastikan aliran trafik udara yang selamat, teratur dan pantas serta cekap. Keselamatan pada asasnya adalah untuk mengelakkan pelanggaran antara pesawat atau dengan rintangan/halangan sama ada di udara atau di darat; membantu pesawat mengelak cuaca yang berbahaya; memastikan bahawa pesawat tidak beroperasi di ruang udara yang dilarang; dan membantu pesawat dalam kesulitan. Aliran yang teratur dan pantas menjamin kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh pengendali. Ia disediakan melalui peruntukan sumber sistem yang saksama kepada penerbangan individu.

Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) bertanggungjawab untuk memastikan pergerakan pesawat yang selamat dan cekap di ruang udara. Mereka bekerja di menara kawalan trafik udara dan pusat kawalan trafik udara untuk memantau dan memberi arahan aliran trafik udara. Objektif utama mereka adalah untuk mengekalkan jarak selamat antara pesawat dan memberi panduan kepada juruterbang untuk mengelak pelanggaran atau konflik.

PKTU mempunyai peranan penting dalam menguruskan pergerakan pesawat semasa  berlepas, mendarat dan dalam fasa perjalanan penerbangan. Mereka menggunakan sistem radar, peralatan komunikasi, dan sistem komputer canggih untuk menjejaki kedudukan pesawat, menyediakan ruang kosong untuk laluan penerbangan dan memberi arahan kepada juruterbang. Mereka perlu mempunyai kesedaran situasi yang sangat baik, kemahiran membuat keputusan dan keupayaan untuk kekal tenang didalam situasi tekanan tinggi. PKTU juga mesti mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang peraturan dan prosedur penerbangan kerana mereka bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan ruang udara dan memastikan pematuhan protokol yang ditetapkan.

Kerja mereka adalah penting untuk mengekalkan keselamatan dan kecekapan perjalanan udara, menyumbang kepada fungsi keseluruhan industri penerbangan.

PKTU ditempatkan di menara kawalan trafik udara di lapangan terbang atau pusat kawalan trafik udara yang terletak di KLIA, Kuching dan Kota Kinabalu.

  • Mengekalkan hubungan radio dan/atau radar dengan pesawat;
  • Mengarahkan pergerakan pesawat dalam penerbangan atau di lapangan terbang;
  • mengarahkan pesawat untuk terus menambah ketinggian atau mengurangkan dan menentukan ketinggian optimum;
  • Memberi maklumat kepada pesawat mengenai keadaan cuaca;
  • memastikan jarak minimum dikekalkan antara kapal terbang;
  • Mengawal kejadian yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik tidak berjadual.

Terdapat tiga jenis Pegawai Kawalan Trafik Udara:

 

Area controllers – berpangkalan di pusat kawalan trafik udara. Mereka memberi arahan kepada kapal terbang dalam penerbangan dan memberi laluan efisien ke destinasi yang dituju. Dengan menggunakan teknologi radar dan komputer, mereka boleh menjejaki kedudukan setiap pesawat dengan tepat. Mereka juga menggunakan radar untuk memastikan lalu lintas berasingan di udara.

 

Approach controllers – menguruskan ruang udara di sekitar lapangan terbang dan memebberi panduan pesawat semasa fasa ketibaan serta pelepasan. Mereka menggunakan sistem radar untuk menjejak pesawat, menyediakan vektor kepada juruterbang untuk pendekatan dan pelepasan, serta mengekalkan jarak yang selamat antara pesawat. Mereka berkoordinasi dengan PKTU di menara untuk memastikan peralihan yang lancar dari fasa dalam laluan ke sekitar lapangan terbang.

Aerodrome controllers – bekerja di menara kawalan di lapangan terbang dan bertanggungjawab ke atas pergerakan pesawat yang selamat di darat dan di sekitar lapangan terbang. Mereka menyelaras pergerakan berlepas, pendaratan dan laluan di darat bagi memastikan jarak yang selamat antara pesawat dan kenderaan di landasan dan taxiways. Mereka juga memberikan pelepasan kepada juruterbang untuk pelepasan dan ketibaan serta memantau keadaan cuaca yang boleh menjejaskan operasi pesawat.

PKTU beroperasi 24 jam sehari termasuk hujung minggu dan juga cuti umum. Pegawai bekerja mengikut waktu syif, dengan satu syif terdiri daripada tiga hari bekerja, satu hari rehat dan satu hari cuti. Hari bekerja dibahagikan kepada syif pagi pada hari pertama, diikuti syif petang dan syif malam. Kerja PKTU memerlukan mereka mengendalikan stesen kerja, mengumpul dan mentafsir data menggunakan komputer dan paparan radar serta berkomunikasi dengan juruterbang dengan menggunakan peralatan radio.

  • Kemahiran berkomunikasi yang baik.
  • Bekerja dengan baik dibawah tekanan.
  • Berkemampuan untuk bertindak dengan cepat dan tegas serta fokus pada matlamat.
  • Keupayaan untuk menjalani kursus berasaskan teori dan menerapkannya dalam persekitaran dunia kerja yang sebenar.
  • Keupayaan untuk menggambarkan objek tiga dimensi bergerak.
  • Bekerja dalam pasukan
  • Memenuhi semua syarat semasa yang ditetapkan oleh Skim Perkhidmatan untuk Pegawai Kawalan Trafik Udara.

(Skim Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara)

Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan setaraf dengannya.

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dan setaraf dengannya.

*Sumber rujukan: (Skim Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara)

Jika anda ingin memohon jawatan ini, anda boleh berbuat demikian seperti berikut:

Permohonan: https://www.caam.gov.my/resources/career/

Sebelum dipanggil untuk ke sesi temu duga, calon yang layak mesti melepasi ujian dan memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh CAAM serta skim perkhidmatan yang berkaitan.

Menjalami kursus pra perkhidmatan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia (MAVA) dengan tempoh masa maksimum sehingga enam puluh enam minggu.

Menghadiri on-the-job training (OJT) untuk menerima live rating.

Modul induksi merangkumi meteorologi, operasi pesawat, navigasi udara, alat bantu navigasi, komunikasi, undang-undang penerbangan dan penerbitan. Modul ini merangkumi asas kawalan trafik udara secara langsung di aerodrom atau persekitaran prosedur kawasan. Ia mengajar pelatih cara memastikan pesawat diasingkan tanpa menggunakan radar.

Keseronokan sebenar bermula selepas meninggalkan Akademi Penerbangan Malaysia (MAvA). On Job Training (OJT) dijalankan di menara kawalan trafik udara atau pusat radar wilayah di bawah pengawasan pegawai yang berpengalaman. Pada peringkat ini, status anda akan beralih daripada ‘pelajar’ kepada ‘pelatih’ dan akan menjalani latihan dalam persekitaran operasi, berurusan dengan trafik sebenar.

Pada mulanya, Pengajar OJT akan berada bersama anda sepanjang masa. Semasa latihan berlangsung, pengajar akan beransur-ansur membiarkan and berlatih sendiri, membolehkan anda membuat keputusan sendiri dan mengawal trafik secara bersendirian.

Apabila anda telah memperoleh pengalaman yang mencukupi dan telah menunjukkan bahawa anda boleh menangani semua situasi dan kerumitan trafik secara konsisten, anda akan disyorkan untuk penilaian kecekapan akhir. Apabila penilain ini telah berjaya, anda akan diberikan Lesen Kawalan Trafik Udara dan Rating.

“Live Rating”  ialah lesen antarabangsa yang memberi anda pengiktirafan untuk menjalankan tugas kawalan trafik udara. Lesen Pengawal Trafik Udara Malaysia dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan diiktiraf oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Ini bermakna anda telah memperoleh kelayakan yang boleh digunakan di kebanyakan negara di luar negara.

Penolong Pegawai Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

 

Gaji minimum 1,943.57 bagi Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan setaraf.

 

Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41

 

Gaji minimum RM 2,325.00 untuk ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan dan setaraf.

 

*Sumber rujukan: (Skim Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara)

 

Elaun Profesional

 

PKTU berlesen akan menerima elaun insentif profesional sebagai tambahan kepada gaji dan pelbagai elaun kerajaan yang dibayar setiap bulan. Untuk melayakkan diri sebagai PKTU berlesen, mereka perlu lulus Medical Assessment Class Ill dan English Language Proficiency Test Level 4 atau ke atas.

 

  1. a) Insentif (Berlesen) Elaun Kawalan Trafik Udara
Gred Pegawai Kawalan Trafik Udara Insentif (RM)
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 RM 250.00
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A36 RM 350.00
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A38 RM 400.00
Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A40 RM 400.00
Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 RM 600.00
Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A44 RM 700.00
Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A48 RM 900.00
Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A52 RM 1000.00
Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A54 RM 1200.00

 

Di samping itu, PKTU berlesen yang melaksanakan fungsi Kawalan Trafik Udara dan memegang Rating Kawalan Trafik Udara semasa akan menerima elaun berikut mengikut Rating yang dipegang:

 

  1. b) Elaun Rating
Rating Elaun (RM)
Aerodrome Control RM 200.00
Approach Control (Procedural) RM 350.00
Area Control (Procedural) RM 450.00
Area Control (Radar) RM 600.00
Approach Control (Radar) RM 750.00

Terdapat beberapa laman web/blog yang membolehkan anda mendengar komunikasi juruterbang-pegawai kawalan. Jika anda berminat, anda boleh melakukan carian dilaman web “live ATC” sebagai kriteria.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjaya sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara, sila hubungi:

 

Unit Sumber Manusia

 

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

Tingkat 4, Blok Podium B

No. 27, Persiaran Perdana

Presint 4, 62618

Putrajaya

+603 – 8871 4000

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjaya sebagai Pegawai Trafik Udara, sila hubungi

Sektor Pengurusan Trafik Udara

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia
Level 4, Block Podium B,
No. 27, Persiaran Perdana
Presint 4, 62618
Putrajaya

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon