Lesen Pengendali Darat
Lesen Pengendali Darat mengandungi piawaian, keperluan dan prosedur berkaitan dengan peruntukan bagi Pengendalian Darat. Piawaian dan keperluan adalah berdasarkan piawaian dan amalan yang disyorkan (SARP) seperti yang ditetapkan dalam Dokumen 10121 Manual Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai Pengendalian Darat. Ia juga diterbitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah seksyen 24O Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3] dan mula berkuat kuasa pada 10 April 2020.
Seksyen ini menetapkan peraturan dan keperluan teknikal yang mentadbir organisasi yang menyediakan perkhidmatan pengendalian darat di aerodrom Malaysia.
Kategori 1
Ground administration and supervision
Kategori 2
Passenger handling
Kategori 3
Freight and mail handling (Documentation)
Kategori 4
Aircraft services
Kategori 5
Aircraft maintenance
Kategori 6
Flight operations and crew administration
Kategori 7
Surface transport
Kategori 8
In-Flight Catering services
Kategori 9
Baggage handling
Kategori 10
Freight and mail handling
Kategori 11
Ramp handling
Kategori 12
Fuel and oil handling
Perkhidmatan pengendalian darat harus dilaksanakan seperti yang terpakai selaras dengan prosedur, piawaian dan garis panduan latihan yang terkandung dalam
- Manual Operasi Darat (GOM);
- Manual Pengendalian Darat (GHM), termasuklah keperluan keselamatan teknikal dan piawaian untuk peralatan sokongan darat bermotor dan tidak bermotor;
- Audit Keselamatan IATA bagi Operasi Darat (ISAGO);
- Manual Pengendalian Kargo (CHM), termasuklah peraturan haiwan hidup dan barangan mudah rosak;
- Arahan Teknikal ICAO dan Peraturan Barangan Berbahaya IATA (DGR) dan
- Dokumen 9977 dan 10121 ICAO.