-A  +A          

Good Day! Thursday, 26 December 2024

Our Team

Perkhidmatan Pengurusan

Perkhidmatan Pengurusan

IStock 931559254 1
Air Traffic Control Tower in Malaysia
Cross
  • Negeri

Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre (KLATCC)

Jalan CTA 3 (KLIA),
Kuala Lumpur International Airport,
64000 KLIA,Sepang, Selangor,Darul Ehsan.

CAAM Kedah

CAAM Complex Sultan Abdul Halim Airport
06550 Alor Setar
Kedah Darul Aman

CAAM Johor

Senai International Airport
81250 Johor Bharu, Johor

CAAM Ipoh

Sultan Azlan Shah Airport
31350 Ipoh, Perak

CAAM Melaka

Melaka International Airport
75350 Batu Berendam
Melaka

CAAM Kuala Terengganu

Sultan Mahmud Airport
21300 Kuala Terengganu

CAAM Kerteh

Kerteh Airport
24300 Kerteh
Terengganu

CAAM Pulau Tioman

Pulau Tioman Airport
63, Jalan Sulaiman,
86800 Mersing, Pahang

Pejabat Wilayah Caam Sabah

Jalan Bunga Raya, Kepayan
Beg Berkunci 2065
88618 Kota Kinabalu

Pusat Kawalan Trafik Udara Kota Kinabalu

Jalan Kepayan,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah

CAAM Sandakan

Cawangan Sandakan
90008 Sandakan
Sabah

CAAM Lahad Datu

Cawangan Lahad Datu
91108 Lahad Datu
Sabah

CAAM Tawau

Cawangan Tawau
91007 Tawau
Sabah

Pejabat Wilayah Caam Sarawak

Kuching International Airport
93250 Kuching,
Sarawak

CAAM Miri

Cawangan Miri
98000 Miri
Sarawak

CAAM Bintulu

Cawangan Bintulu
97200 Bintulu
Sarawak

CAAM Sibu

Cawangan Sibu
96007 Sibu
Sarawak

CAAM Limbang

Cawangan Limbang
98700 Limbang
Sarawak

CAAM Marudi

Cawangan Limbang
98700 Limbang
Sarawak

CAAM Lawas

Cawangan Lawas
98850 Lawas
Sarawak

CAAM Mukah

Cawangan Mukah
96400 Mukah
Sarawak

CAAM Langkawi

Langkawi International Airport
07100 Padang Matsirat
Pulau Langkawi
Kedah

CAAM Kelantan

Sultan Ismail Petra Airport,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu,
Kelantan

CAAM Penang

Penang International Airport,
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang

Kalibrasi Penerbangan Caam

Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang, Selangor

CAAM KLIA

Kuala Lumpur International Airport
64000 KLIA, Sepang
Selangor Darul Ehsan

Pejabat Wilayah Caam Semenanjung Malaysia

Jalan CTA 3 (KLIA),
Kuala Lumpur International Airport,
64000 KLIA,Sepang, Selangor,Darul Ehsan.

Menara Kawalan Trafik Udara Subang

Sultan Abdul Azizi Shah Airport
47200 Subang, Selangor

'); }); })(jQuery)
Dayang Fix

DG Siti Noor Jehan Binti AG Mohd Saufi

Pengarah Perkhidmatan Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan merangkumi tujuh Unit iaitu Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran, Pengurusan Aset, Perolehan dan Pembangunan, Unit Pembangunan Projek dan Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Fungsi bahagian ini adalah untuk mengawasi kekemasan bahagian, urusan perkhidmatan, pentadbiran, perjalanan harian CAAM dan kebajikan para pegawai dan kakitangan.

Unit Pengurusan Sumber Manusia (HRM) menguruskan kesemua ha berkaitan perkhidmatan seperti pengambilan, pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat, peletakan jawatan, pencen dan juga persaraan. HRM juga bertanggungjawab bagi penilaian kecekapan, latiahn dan pembangunan bakat. Aktiviti berkaitan lain termasuklah merancang dan menguruskan:

  • penempatan kerja, pertukaran dan penggiliran
  • Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
  • Sekretariat kepada Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) dan Jawatankuasa Pencalonan Imbuhan (NRC)
  • Pelantikan pegawai-pegawai kontrak, pembaharuan pelantikan dan pemberhentian
  • Mengemas kini dan merekodkan maklumat pegawai/kakitangan dalam buku perkhidmatan
  • Hal ehwal disiplin
  • Pelan perkembangan kerjaya
  • Pelan penggantian

Unit Pentadbiran adalah unit utama yang menguruskan operasi harian CAAM. Unit ini menjaga dan menguruskan kerja berkaitan dengan tugas perkeranian mengikut fungsi-fungsi Bahagian/Jabatan dalam hal pentadbiran am bagi memastikan kelancaran fungsi dan operasi CAAM. Tanggungjawab unit ini termasuklah:

  • Mengurus dan menjaga fail dan rekod pentabdiran dengan sistematik berdasarkan pengelasan fail Arkib Negara
  • Mengawasi kerja-kerja pentadbiran am seperti urusan surat-menyurat perniagaan, pembersihan pejabat dan pejabat bilik keselamatan
  • Menyelaras keperluan penyelenggaraan logistik dan ruang pejabat
  • Menguruskan permohonan perjalanan ke luar negara (rasmi/peribadi)
  • Menguruskan penyelenggaraan peralatan pejabat, perabot dan kenderaan berdasarkan jadual Pentadbiran Am bagi memastikan kesediaan
  • Menyelaras mesyuarat dan majlis di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Menguruskan perpustakaan dan pusat sumber CAAM

Unit Pengurusan Aset bertanggungjawab untuk mentadbir pengurusan semua aset alih CAAM. Fungsi utama unit ini termasuklah merancang, memantau dan menyelia semua aspek pengurusan aset alih dan memastikan aset-aset ini diuruskan dengan baik mengikut garis panduan dan prosedur kerajaan. Unit ini menyelaras aset dari segi:

i. Penerimaan

ii. Pendaftaran

iii. Penyimpanan dan Pemeriksaan

iv. Penyelenggaraan

v. Pelupusan

vi. Kehilangan dan Penghapusan

Unit Perolehan bertanggungjawab untuk memastikan hal ehwal perolehan di bawah CAAM dilaksanakan dengan baik dan mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan berasaskan prinsip akauntabiliti, ketelusan dan keadilan. Unit Perolehan bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi seperti berikut:

  • Menguruskan pelan perolehan tahunan CAAM
  • Menguruskan pendaftaran dan kemaskini maklumat pembekal
  • Menguruskan penyediaan Pesanan Kerajaan (Local Order)
  • Menguruskan proses Tender/Sebut Harga/ePerolehan/Rundingan Terus
  • Jawatankuasa Sekretariat bagi Sebut Harga/Lembaga Tender/Jawatankuasa Rundingan Harga
  • Khidmat nasihat mengenai Pentadbiran Kontrak
  • Khidmat nasihat untuk pelaksanaan perolehan bagi Tender / Sebut Harga

Unit Pembangunan dan Pengurusan Projek memantau dan menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia dari segi fizikal dan aspek kewangan dan memberi laporan mengenai tahap kemajuan kepada pihak pengurusan, Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi pusat. Pada asasnya, unit ini membantu memberi kemudahan bagi perkara berkaitan projek pembangunan sektor penerbangan dan berkaitan tanah yang digunakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, memantau dan mengekalkan data pada bangunan, aset tidak boleh ubah lain dan kuarters kediaman di bawah CAAM.

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyelenggaran dan memantau pelaksanaan aplikasi sistem dan menguruskan sumber IT termasuk perkakasan, perisian dan keupayaan rangkaian. Unit ini membantu dalam penyelarasan dan pelaksanaan inisiatif e-Kerajaan di peringkat bahagian. Unit ICT juga merancang, mengurus dan memberi nasihat mengenai perolehan perkhidmatan ICT dan Projek ICT mengikut prosedur dan pekeliling yang sedang dilaksanakan. Ia juga mengawasi dan memantau ketahanan sekuriti ICT dalam CAAM termasuk sekuriti fizikal dan sekuriti rangkaian. Selain itu, unit ini juga menyediakan perkhidmatan, sokongan dan khidmat rundingan berkaitan isu-isu teknikal ICT. Sebagai tambahan, unit ICT juga turut menganjurkan program-program kesedaran secara berkala.

Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)
Privacy Policy
Icon
CAAM Ejen Maya
wpChatIcon